TEST92178
Akaun madrasahdarulzahraa.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
DANA UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN MADRASAH DARUL ZAHRAA W TAHFIZIL QURAN

 AYUH PEMBURU PAHALA, BINA MAHLIGAI  SYURGA DENGAN INFAK SEKARANG! 


"MADRASAH DARUL ZAHRAA WA TAHFIZIL QURAN memerlukan dana sebanyak RM4.5 Juta bagi menyempurnakan insfrastruktur madrasah seperti kemudahan tempat tinggal anak-anak pelajar yang masih dalam fasa pembinaan..." 




Lokasi Madrasah

Kampung Kuala Dura, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu.




Saudara saudari yang dikasihi Allah, 

Renungilah ringkasan buah fikiran daripada Ibn Khaldun di dalam kitab AlMuqaddimah. 

Iaitu:

"Pembinaan sebuah negara bergantung kepada nyawa rakyat melalui binaan intelektual berbanding hasil kekayaan. Hal ini kerana sesebuah tamadun itu dibina dengan kecerdikan rakyatnya. Itu yang lebih utama."

.

Oleh itu, bertepatan dengan penubuhan Madrasah Darul Zahraa yang akan melahirkan anak bangsa bukan sahaja cintakan tanah air bahkan tinggi keilmuannya dalam bidang agama. InsyaAllah.

.




.

Madrasah Darul Zahraa Wa Tahfizil Quran atau lebih dikenali dengan jolokan nama Pondok Ustaz Mat Kecik, mula dibangunkan pada tahun 2019. Pendidikan di sini  berkonsepkan tahfiz serta talaqqi pengajian berkitab.

.

Madrasah ini juga merupakan sebuah Pusat Pendidikan dan Kebajikan Darul Zahraa yang berperanan sebagai tempat tadahan ilmu bagi mereka yang kurang berkemampuan. Kini pelajar hanya seramai 10 orang sahaja ekoran dari kekurangan penempatan asrama.




Bantulah kami merealisasikan kesinambungan keagungan ilmu dengan terlaksananya projek pembinaan ini!




Susulan Perkembangan Terkini


Alhamdulillah, dengan sokongan dan berkat sumbangan orang ramai yang tidak putus-putus, pihak madrasah telah berjaya membina beberapa buah prasarana kondusif.

.

Antara prasarana tersebut adalah:

✔️ Sebuah surau buat para pelajar

✔️ Sebahagian penginapan pelajar berbentuk pondok

✔️ 25% pembinaan bangunan asrama pelajar baru yang telah siap

.

Apakah Sumbangan Yang Diperlukan?


Dengan ini, kami masih mencari dana sebanyak RM4.5 Juta bagi menampung 75% lagi, kos binaan bangunan madrasah. Selain itu, kami juga membuka peluang buat para dermawan yang ingin memberi sumbangan dalam bentuk bahan binaan seperti simen, besi, kayu, bata, alatan pertukangan dan lain-lain lagi.

.




Gambar di atas merujuk kepada projek pembinaan surau dan asrama Madrasah Darul Zahraa Wa Tahfizil Quran yang sedang giat dijalankan.


.

Permintaan pengambilan pelajar kini, semakin hari semakin meningkat. Jadi, kami perlu menyiapkan pembangunan asrama dan surau ini dengan segera. Dengan izin Allah, asrama ini mampu menempatkan 400 orang pelajar sekaligus. Hal ini juga akan membuka peluang kepada lebih ramai lagi pelajar yang ingin menimba ilmu agama.


Buat pengetahuan Tuan/Puan sekalian, segala gerak kerja projek pembinaan ini terpaksa diberhentikan sementara waktu ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, di kesempatan waktu dan ruang masa ini, kami ingin merayu sumbangan dari pihak Tuan/Puan untuk menjayakan projek pembinaan ini. 

.

Harapan kami supaya para pelajar mempunyai penempatan asrama yang selesa dan kondusif. Untuk makluman, pihak madrasah tidak mengenakan sebarang yuran kepada mereka yang kurang berkemampuan sesuai dengan nama madrasah ini sebagai Pusat Pendidikan dan Kebajikan Darul Zahraa.

.

Tidak akan berkurang harta yang disumbangkan oleh Tuan/Puan. Pasti Allah mengurniakan keberkatan rezeki dengan lebih baik atas kebaikan yang dilakukan. Selagi surau dan asrama pelajar ini dimanfaatkan, sampai kiamat pun pahalanya masih mengalir kepada kita walaupun kita telah berada di alam kubur.


Wahai jutawan akhirat, ayuh bersama menunjukkan tanda sokongan kepada perjuangan mereka dalam mendalami ilmu agama dengan menyumbang dana hari ini!



BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG ?


Untuk memudahkan urusan anda menyumbang, anda boleh memilih pakej-pakej sumbangan di pilihan sumbangan di bawah.


ATAU


Untuk Sumbangan Secara Manual/Bank Transfer/CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah;


BANK RAKYAT

NAMA: MADRASAH DARUL ZAHRAA WA TAHFIZIL QURAN

NO. AKAUN: 1101 7313 95


Tolong letakkan reference "DARUL ZAHRAA" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana.


Jazakallah Khairan Jazak di atas kesudian Tuan/Puan membaca sehingga akhir dan membantu pihak madrasah. Semoga setiap bantuan yang diberikan ini dinilai tinggi di sisi Allah SWT. Aamin YRA.





SIJIL PENDAFTARAN 

MADRASAH DARUL ZAHRAA WA TAHFIZIL QURAN



Penafian: 


1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD.  Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: Ustazah Asma +6011-15152855 (Wakil Pengurusan Madrasah Darul Zahraa Wa Tahfizil Quran).

4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk Kos Pengurusan Dan Operasi.